Saturday, December 27, 2008
Pemimpin Pilihan
pilihlah yang berkepala geliga,
agar selamat agama, bangsa dan negara,
jangan pilih yang berkepala batu,
nanti merana ke anak cucu,
pilihlah yang bertelinga lintah,
agar dapat mendengar semua masalah,
jangan pilih yang bertelinga kuali,
semua masalah tak ambil peduli,
pilihlah yang bermata redup,
tanda pemimpin yang berhati perut,
jangan pilih yang bermata duitan,
kelak binasa satu kerajaan,
pilihlah yang bermulut manis mengatur bicara,
bukan bermulut murai mengata serata,
kalau perlu hidungnya mancung tersorong-sorong,
jangan pula hidungnya tinggi, bongkak dan sombong,
muka bercahaya senyum menawan,
bukan bermuka tembok tidak bersopan,
berkuku pendek, bersih dan cantik,
bukan berkuku besi pentingkan diri,
bertangan kasar rajin bekerja,
bukan bertangan panjang mau cepat kaya,
yang penting hatinya terang disinari iman,
bukannya gelap mengikut nafsu syaitan,
kalau pilih pemimpin itulah caranya,
bukan memangkah ikut ikut saja.
Friday, November 21, 2008
Hujan
Hujan itu membawa rahmat,
membawa rezeki untuk sekalian umat,
hujan itu membasahi tanah yang kontang,
memberi harapan kepada Hj. Ali, Tauke Ho dan Linggam,
setelah lama membanting tulang,
hujan itu memberi amaran,
atas kerakusan manusia pada pemurahnya alam,
tanah runtuh, banjir dan hakisan,
tanda terlukanya alam yang indah,
dari kealpaan sang khalifah,
hujan itu lumrah alam,
memberi rahmat kepada yang beringat,
memberi bala kepada yang alpa...
Sunday, October 5, 2008
Words And Us
Mind your words. They are not just words but a reflection of what you truly are. It’s a natural way to describe yourself to others. How you choose the words and arrange them to make a sentence represent your inner self at one particular moment. Your mood, intelligence, experience, nature of conversation and state of mind and health are the major components that make up your words. A simple YES can have a lots of meaning.
If somebody had promised you to return your call but never did, that’s means he or she didn’t really meant what they’d said to you. Which further indicated that your presence is less importance to them. It also means that he or she will said anything to make you feel temporary satisfy even though you will suffer later. They are the type of people who don’t dare to tell the truth at your face but will make you realize later at their back. They afraid to face the reality, avoiding confrontation and want to look good by others. Be careful with this type of people.
Another example is a person who like to talk sweet. This person will talk all the good things of you in front of you and all the bad things of you in front of others. They are type of attention seeker people and need constant approval from others. What other think of them is more important than what they think about themselves. Don’t give too much attention to this type of people because none of what they said carried the weight.
There are lot of what words can tell us about one person. The more they talk the more they open up themselves. A wise man speak less and do more. Like one of my friend said,’ The clever man tells, the wise man knows quietly’.
Thursday, September 4, 2008
Kasih Anak
Kasih ibu pada anak tidak terbanding, kasih bapa pada seorang anak tidak terbalas, kasih anak pada ibu dan bapa masih jadi teka teki…..misteri.
Baru-baru ni, masih fresh lagi, ada sorang datuk yang terlantar sakit di hospital Sandakan. Biasala bila umur menjelang senja, banyak penyakit yang datang menjelma. Jadi pada anak2 dan cucu2la tempat untuk bermanja. Itu harapan di hati, tak sangka pula lain yang jadi. Anak-anak semua berdiam diri, tak sanggup nak jaga bapa sendiri macam-macam alasan yang diberi.
Menitis airmata si bapa, walau dah tua namun ingatan masih jelas di kepala. Terlintas di fikiran kalau la ada wang berjuta pasti ramai sanak saudara. Apakan daya anak-anak semua dah rasa terer, nak jadi anak derhaka, tak takut api neraka. Nak jaga bapa di hospital pun sebab rasa terpaksa bukan kerana rela. Sama-sama adik beradik pun bermasam muka gara-gara tak mahu jaga bapa.
Tak tahu la penghujung kisahnya macamana. Harap-harap masih lagi ada sekelumit kasih dalam hati anak kepada seorang bapa. Sebak rasa di dalam dada, benda-benda macam ni pun ada, insaf dan bertaubatlah, takut-takut time kita nanti lagi teruk dari yang dah terjadi…
Sama-sama lah kita renungi maksud hadith di bawah:,
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Huraian :
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
InsyaAllah……..
Thursday, August 7, 2008
My Precious Birthday's Present
Not until my recent birthday, I got a very precious gift from a friend that I knew for only 3 weeks. Well, it's not physically precious as the present was a pair of socks. My friend bought it for a nice bargain. Buy one free one and it's only cost him RM 4. It's not about the socks I want to highlight here but it's all about this friend of mine. He is very decent guy working as general worker in one of the local survey company. His gross monthly income is RM 300 per month (believe me, he did showed his payslip). Well, with that kind of money what you expect to get in today's world.
He did somehow knew that my birthday was coming soon but his financial was so tight. So, he decided to sell 'Gambir Sarawak' in Kuching Water Front's area with only a small profit margin. He then managed to get some extra money from the sale and bought the socks. And that was how I got my birthday's present.
When he handed me the present I was shocked, not because he gave me a nice wrapped socks but the thing was, I didn't expect anything from him. We just knew each other for 3 weeks and RM 4 for him is just like, I don't know maybe a RM 100 for most of us. Furthermore he had to do extra work to earn it and he did so just to give me a birthday's present. I still remember what he said to me," I have nothing special to give you but this is all what I can afford. Happy Birthday my friend....." I knew from that very moment, I was not only getting a pair of socks but a friend and a very sincere friendship as well. That is the most precious birthday's present I ever had. Thank you my friend for the lovely socks
