Tuesday, September 25, 2007

Sajak Buat Isteri

SLEEPLESS NIGHT

It's been a lonely night,

so long and alone,

drifting away from the time,

my mind slipped into our memories,

so vivid I can see your face,

touch your skin feel your warmth breathe,

love me true love me tender,

for the night is cold as never been before,

and only 3 words will do justice for all,

saying 'I Miss You' is what I crave for.

IRAMA RINDU

Dalam keheningan malam,

jiwaku mendendang satu alunan,

irama rindu kasih dan sayang,

yang sebati bersama suara hati,

dalam kejauhan ini baru ku sedari,

bahawa kasihmu amat bererti,

dan kini kusedari,

betapa sunyi betapa sepi,

tanpa suaramu di sisi,

tanpa cintamu yang menghiasi,

kasih percayalah.

setiap nafas yang terhembus,

ku abadikan untukmu dengan hati yang tulus,

setiap nafas yang terhela,

ku sematkan bibit2 cinta,

malam in ku rasa syahdu,

tapi apakan daya hanya satu yang ku mampu,

ku selingkan irama rindu,

sementara menanti masa berlalu.....

HANYA SATU

Semangatku kuat walau kau jauh,

kerana ku tahu cintamu utuh,

hatiku kental walau kau di sana,

kerana ku tahu rindumu membara,

jiwaku padu walau kau tiada di sisiku,

kerana ku tahu kasihmu masih lagi padaku,

namun sayangku,

semuanya hampa dan sia sia,

sekiranya cinta yang kita semai bersama,

di mamah api amarah dan nafsu serakah,

aku rela kehilangan segalanya,

tapi hanya satu yang ku tak mampu,

bila kasihmu tidak lagi padaku.....

Buat Isteriku yang kini berada di Pasir Mas, Kelate.

p/s: really miss you...

No comments: